suplement shaklee adalah yang terbaik

suplement shaklee adalah yang terbaik

Selasa, 30 September 2014

KESAN ANTIBIOTIK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum.......

Apa kesan jika kita ambil ketika hamil??? Bahaya tak pada kandungan??? Jika bayi di lahirkan apa kesannya???



Pengambilan antibiotik adalah normal ketika sakit. Apabila kita demam, biasanya ubat antibiotik antara ubat tambahan yang akan dibekalkan oleh doktor. Ia bertujuan untuk membina sistem ketahanan lebih kuat lagi untuk melawan penyakit.

Tetapi, tahukah anda ianya mempunyai kesan jika diambil semasa hamil?

Ketika hamil, bakal ibu cenderung untuk rasa was-was dengan pengambilan ubat-ubatan walaupun ia diprekripsikan oleh doktor yang bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan hal pengambilan ubat ketika hamil bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diigini kepada bayi dalam kandungan sebaiknya berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.

Ubat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil yang mengambil ubat antibiotik ketika hamil mungkin boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.

Kajian yang dilakukan oleh children's hospital of philadelphia di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan ubat antibiotik oleh ibu hamil dapat mengurangkan kemampuan anak melawan penyakit yang berkaitan dengan kuman  dan bakteria terutama dalam sistem pencernaan.

Dikatakan ibu hamil yang makan antibiotik dapat meningkatkan risiko anak yang lahir mudah terjangkit dengan masalah pencernaan akibat kuman dan bakteria. Salah satunya adalah jangkitan E-coli yang boleh membawa maut terutama dikalangan bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab itu bayi memerlukan kekebalan badan yang maksimun terutama bakteria baik dalam ususnya.

Oleh itu pengambilan antibiotik dalam kalangan ibu hamil mesti diawasi oleh doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan yang besar kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya elakkan daripada mengambil antibiotik jika ibu sekadar diserang demam selsema sahaja.

JOM TUKAR SEKARANG

GALIX SHAKLEE

Amalkan Galix Shaklee sebagai antibiotik secara semulajadi, galix dapat mengurangkan demam dan selsema. Selamat digunakan untuk ibu yang hamil. Takperlu risau kerana galix shaklee telah disahkan halal dan selamat. Dapat meningkatkan sistem imun badan ibu hamil dan mencegah serangan bakteria. Boleh memperbanyakkan susu ibu nanti selepas bersalin.


NUTRIFERON

Segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan pasukan cari dan musnah dalam sistem imuniti badan. Juga mengurangkan demam.



VITAMIN C

Percepatkan penyembuhan ketika demam. Menjadikan kulit cantik. Serius sejak saya amal vitamin c, memang jarang demam dan selsema. Pernah suatu ketika saya lupa nak makan, dlm seminggu saya pulang kampung terlupa nak bawa, tiba2 saya rasa badan nak demam batuk berkahak sampai serak2 suara. Nasib baik adik saya ade stok vitamin c. Saya makan, lama2 saya sihat dan tak jd demam pun. Tak perlu ke klinik, suara saya bertambah baik. Nasihat kepada anda dan diri saya sendiri.. pastikan vitamin c sentiasa dibawa. Vitamin c hanyalah suplement tambahan bukan ubat tau...


Boleh pilih mana satu berkenaan... ia selamat untuk ibu mengandung. Tak perlu ke klinik dah. Boleh elakkan mengambil paracetamol dan antibiotik..

Berminat sila hubungi saya:

Noorzulaidah abdul kadir
0139584028
www.mamazuevitamin.blogsopt.com
Vitamin smart











Sabtu, 27 September 2014

PERINGKAT PERTAMA PERKEMBANGAN BAYI


Assalamualaikum....
Pada kali ini saya nak share sedikit perkembangan motor kasar (gross motor), motor halus (fine motor), bahasa/kognitif dan sosial. Kita akan lihat setiap perkembangan ini mengikut usia bayi pada setiap bulan.

Bayi berusia sebulan
motor kasar :bayi boleh mengerakkan kepala ke kiri dan kanan apabila dibaringkan
motor halus: mengenggam dengan kuat (strong grip)
bahasa/kognitif: merenung tangan/jari jemari
sosial: mengikut pergerakan dengan mata (track movement with eyes)

Bayi berusia 2 bulan 
Motor kasar: Dapat mengangkat kepala dan menegakkan leher buat seketika apabila diletak dalam keadaan meniarap
motor halus: membuka dan menutup genggaman tangan
bahasa/kognitif: bermain dengan jari jemari sendiri
sosial: membalas senyuman

Bayi berusia 3 bulan
motor kasar: cuba menggapai dan mengambil sesuatu objek
motor halus:mengenggam objek dalam tangan
bahasa/kognitif: membuat bunyi dengan mulut (coos)
sosial: meniru anda mmenjelir lidah

Bayi berusia 4 bulan
motor kasar: menongkatkan badan dengan tangan apabila meniarap
motor halus: berjaya mengambil objek dengan tangannya
bahasa/kognitif: ketawa dengan kuat
sosial: sangat suka bermain dan mungkin menangis jika permainan dihentikan

Bayi berusia 5 bulan
motor kasar: mula memusingkan badan dari kedudukan baring kepada meniarap atau sebaliknya
motor halus: belajar memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain
bahasa/kognitif: membuat buih air liur
sosial: menghulur tangan supaya diambil ibu/ayah dan menangis apabila mereka hilang dari pandangan

Bayi berusia 6 bulan
motor kasar: dapat memusing badan ke dua-dua arah (baring kepada meniarap/ meniarap kepada baring)
motor halus: menggoncang objek dalam tangan (cthnya rattle)
bahasa/kognitif: membebel dalam bahasa bayi (babbling)
sosial: mengenali wajah orang yang selalu dilihat

Bayi berusia 7 bulan
motor kasar: mula meniarap, merangkak atau mengengsot (scooting)
motor halus: belajar menggunakan jari-jari tangannya
bahasa/kognitif: membebel dalam bunyi yang lebih kompleks
sosial: boleh memberi reaksi kepada emosi yang dipamerkan orang lain

Bayi berusia 8 bulan
motor kasar: boleh duduk tanpa sokongan
motor halus: mula bertepuk tangan
bahasa/kognitif: memberi respons kepada perkataan yang selalu didengar dan berpaling ke arah orang yang memanggil namanya
sosial: bermain permainan yang melibatkan interaksi (contoh: peek a boo)

Bayi berusia 9 bulan
motor  kasar: mula belajar memanjat tangga
motor halus: memegang objek kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (pincer grasp)
bahasa/kognitif: belajar tentang kewujudan objek walaupun sewaktu dia tidak dapat melihatnya (objek permanence)
sosial: takut dengan orang yang tidak dikenali (stranger anxiety)

Bayi berusia 10 bulan
motor kasar: cuba belajar berdiri
motor halus: menyusun dan mengasingkan mainan ( stack and sort)
bahasa/kognitif: melambai dan mengangkat tangan untuk diangkat
sosial: mula memahami tentang sebab dan akibat (cause and effect)

Bayi berusia 11 bulan
motor kasar: melangkah sambil berpaut pada perabot
motor halus: membelek helaian buku yang dibaca
bahasa/kognitif: menyebut mama atau dada
sosial: bermain sewaktu makan untuk menguji reaksi anda (contohnya sengaja menjatuhkan sudu) dan mula memilih makanan 

Bayi berusia 12 bulan
motor kasar: boleh berdiri sendiri dan mula belajar berjalan tanpa sokongan
motor halus: membantu apabila dipakaikan pakaian (contohnya mengeluarkan tangan dari lengan baju)
bahasa/kognitif: dapat menyebut 2-3 patah perkataan 
sosial: meniru aksi orang dewasa (contohnya bercakap di telefon)




Ingat, setiap bayi adalah berbeza!

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. 

Isnin, 22 September 2014

5 CARA MEMENANGI HATI SAYA

Assalamualaikum....

Entri sebelum ni saya ade cerita sikit tentang diri saya. Itulah sejujur hati saya... cewah.. tetapi kalau sesiapa yang pernah dekat atau pernah mengenali saya bagaimana kamu nak memenangi hati saya.

Ia mudah jer . Ada 5 cara memenangi hati saya iaitu:

1. Orang itu kenalah jujur dan setia kepada saya. Jangan memungkiri janji. Cakap depan manis jer. Tetapi kat belakang mengutuk sakan. Saya tak suka cara itu, kalau tak puas  hati cakap face to face bak kata org putih.

2. Saya tak suka kalau  benda lama2 diungkit2.

3. Saya suka kalau dapat hadiah. Tak kira apa pun hadiah. Itu bermakna saya masih dihargai.

4. Saya happy kalau ade orang bawa saya berjalan makan angin ke. Pergi shopping ke.

5. Sekiranya saya minta tolong, tetapi tak diendah kan atau buat tak tahu jer. Tak mengapalah saya cari orang lain jer.

Sekian itu saja cara nak memenangi hati saya.

GAMBAR TERBARU SAYA DAN 5 PERKARA TENTANG DIRI SAYA

Assalamualaikum...

Saya zue ingin share tentang diri saya. Tiada apa pun istimewa tentang diri saya. Tetapi menyahut cabaran untuk berblog bersama-sama shaklee.

Ini gambar terbaru saya.... saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa setelah berpindah mengikut suami di kedah. Sebagai isteri tentera macam ni la berpindah randah jer.



5 perkara tentang diri saya:

1. Saya ni seorang pemalu dan pendiam orang nye. Tetapi kalau jumpa geng... pemalu hilanglah. Bersembang tak ingat.

2. Saya ni garang tetapi pada anak-anak lah. Tetapi lebih hormat sikit kat suami sbb suami agak tegas sikit tetapi penyayang orangnya.

3. Saya cermat sikit, kalau nak shopping.... shopping baju anak2 dulu. Yang kita biar lah dulu.

4. Suka sgt masak dan suka makan. Suka sgt kalau saya masak ade orang makan dan puji.. kembang... Hihihi... alamak dah gemuk....

5. Suka bawa keluarga bersiar2, bercuti tempat menarik. 

Sekian daripada saya.



Sabtu, 20 September 2014

MASALAH KEGEMUKKAN SELEPAS BERKAHWIN



Assalamualaikum...

Saya nak share cerita sikit... hihi kisah kehidupan suami isteri.. tiada kena mengena dengan sesiapa pun.


PADA suatu hari, anak bongsu tunjukkan sekeping gambar. Rupa- rupanya itu gambar saya bersama ibu, kakak dan abangnya kira-kira 15 tahun lalu.

Apabila saya tanya siapa dalam gambar itu, dijawabnya: “Pakcik.”

Saya ketawa. Isteri pun ikut tertawa. Tetapi dalam hati tertanya-tanya juga, berubah sangatkah saya hingga anak sendiri pun tidak kenal.

Esoknya, seorang kawan sekolah muat naik gambar kami ketika di tingkatan enam 24 tahun dahulu. Ya, tersangatlah bezanya. Alangkah langsing dan rampingnya saya pada masa itu.

Dua kejadian berturut-turut hari itu segera mengingatkan saya kepada sesuatu -  walaupun hakikatnya rupa fizikal saya sudah sangat jauh berubah namun selama ini saya tidak pernah pun ambil kisah tentang perkara itu. Bagi saya, bagaimanapun rupa, itu tidak pernah pun saya anggap sebagai masalah.

Ini berbeza dengan perhatian saya terhadap isteri. Sejak belum kahwin lagi, saya sering ingatkan dia supaya jaga badan.

Walaupun dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya perhatikan dia sengaja tidak ambil makan malam, dan agak banyak juga wang yang dibelanjakan untuk beli macam-macam produk pelangsing, sering juga saya ingatkan dia supaya “jangan sampai tak makan, jaga badan pun berpada-padalah”.

Sungguhpun begitu. dalam hati tetap berasa bimbang kalau-kalau dia juga jadi seperti saya - tidak ambil kisah dan biarkan sahaja badan naik seperti pelampung dipam.

Saya lelaki, hal tidak jaga badan sendiri lumrah bagi lelaki walaupun ada yang jaga lebih daripada wanita.

Apa pun, lelaki memang cukup mahu menjaga pemandangan matanya. Dan hajat mereka amat disokong kuat oleh wanita.

Untuk mengindahkan pemandangan mata lelaki, ramai wanita sanggup ikat perut, makan tengah hari hanya kulit epal dan makan malam hanya kulit pau.

Segala nafsu makan dikorbankan demi memuaskan mata lelaki. Lelaki jangan sesekali dibiarkan melihat karot (lobak merah) berjalan apabila berselisih  di jalanan. Manakala di rumah pula, suami jangan dibiarkan menyangka dirinya bermimpi melihat almari berjalan tatkala melihat isteri melangkah ke bilik air awal pagi.

Itulah sebesar-besar pengorbanan oleh wanita untuk lelaki.

Sebab itu, sudah jadi lumrah bagi kebanyakan isteri untuk menyediakan peruntukan khusus beli jamu, tonik, susu atau apa sahaja yang dikhabarkan boleh bantu mereka jaga bentuk badan.

Apa sahaja yang diiklan, mereka sanggup telan asal mata suami tidak berasa bosan. Ada juga yang sanggup berbelanja lebih masuk kelas aerobik, yoga atau tai-chi kerana bimbang apabila pir sudah bertukar jadi epal, akan timbul rasa benci dalam hati suami.

Alangkah mulianya hatimu wahai isteri!

Bagi yang tidak bekerja, tidak ada pendapatan sendiri, duit belanja dapur disimpan sedikit demi sedikit untuk set perlansingan shaklee. Hihi kena berjimat nak slim punyer pasal.



Buatlah apa sahaja asal badan kekal langsing, perut jangan buncit. Buatlah apa sahaja asal suami memandang berasa ghairah, matanya tidak sakit!

Itu pada isteri, suami bagaimana pula?

Berbalik pada cerita saya tadi, anak sendiri pun tidak kenal pastinya kerana rupa saya yang sudah sangat jauh berubah. Mana tidak berubah kalau dahulunya pipih melayang, sekarang sudah rendang berbuah.

Namun selama ini, sama ada tembikai susu ataupun labu, ada aku kisah?

Itulah sikap kebanyakan suami. Hanya cenderung untuk memerhati isteri, diri sendiri tidak dipeduli. Mari kita perhatikan di sekeliling, berapa ramai suami yang berjalan membawa labu sayung ke sana ke sini setiap hari, apakah mereka pernah mengadu susah hati?

Ada atau tidak mereka diberi kata dua oleh isteri, sama ada mahu pilih dia atau labu sayung itu?

Rasanya tidak. Itulah sebabnya ramai suami yang tidak kisah akan perubahan bentuk badannya tatkala usia semakin meningkat. Ini kerana dia tahu bagaimanapun rupanya berubah, isteri akan tetap setia, tetap sayang...

Satu perkara lagi, saya yakin isteri-isteri tidak kisah kerana mereka percaya, suami yang berlabu sayung seperti saya, sahamnya pasti jatuh!

Dan menepati polisi ketidakadilan dunia, apabila perut lelaki buncit, mereka tidak pernah dipersalahkan sebaliknya dikatakan kerana isteri pandai masak, pandai jaga selera suami. Namun apabila perut isteri pula yang buncit, dia sendirilah puncanya, tidak pandai jaga badan.

Wahai suami isteri diluar sana, jangan susah hati... set pelangsingan shaklee kan ada.




Sila hubungi saya untuk dapatkan set perlansingan

Noorzulaidah abdul kadir
0139412195


Khamis, 18 September 2014

PEMAKANAN YANG SIHAT UNTUK BAKAL MENJADI IBU

Assalamualaikum........


Tips untuk bakal ibu
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.
Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.
Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu.
Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:
  • Penjagaan kuku tangan kaki – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
  • Jalani rawatan muka – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
  • Mewarna rambut – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  • Kasut bertumit – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
  • Ubat nyamuk – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
  • Derma darah – Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
  • Bawa barang – Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
  • Durian – Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
  • Kapal terbang – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
  • Gincu bibir – Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
  • Krim pemutih – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  • Ubat jerawat – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
Nutrisi penting sewaktu hamil
  • Protin – Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi
  • Kalsium – Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi
  • Zat besi – Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang
  • Asid folik – Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf ‘embryonic’ dan ‘fetal’ yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin
  • Serat – Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung
  • Air – Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup
Makanan tambahan sewaktu hamil
Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.

Suplement yang bagus di ambil ketika hamil iaitu suplement kehamilan shaklee. Semua cukup lengkap nutrisi yang diperlukan ketika hamil.

Suplement kehamilan shaklee

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil
Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung.
Semoga memberi manfaat kepada yang membaca.

Berminat untuk dapatkan produk shaklee sila hubungi:

Noorzulaidah abdul kadir - fb
0139412195 - pm/whatssup
1118760 - no id
www.mamazuevitamin.blogspot.com - blog
Vitamin smart - pages

Rabu, 17 September 2014

MENJADI SEORANG SURIRUMAH BERJAYA DENGAN MENJANA INCOME DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum.....

Dalam entri kali ini saya ingin menganjak anda semua yang bergelar surirumah  join bersama-sama saya menjana pendapatan dengan shaklee. Tak rugi pun kalau anda join shaklee, anda boleh makan sendiri dan boleh buat bisnes. Sapa kata surirumah tak boleh dapat income 4k atau 5k sebulan. Sama macam anda makan gaji, bonusnya anda boleh buat dirumah sahaja. Dengan online, offline pun boleh kalau anda rajin. Ramai wanita bekerjaya letak jawatan demi menjaga anak dan suami. Wanita ini pun berjaya walaupun brkerja dirumah sahaja. Disini saya kongsikan tip-tip mereka yang menjadi surirumah dan berjaya dengan bidang diceburi.

16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri dan 4 lagi adalah untuk si suami. 
Nak share pengalaman sikit macam mana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.

LANGKAH-LANGKAH MENJADI SURIRUMAH SEPENUH MASA:

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia yang akan tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari-hari jika tak pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan.
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah, 24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.
11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Jadi, abaikan.
12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy, Upin Ipin dengan Pororo je. Hehe..

PERSEDIAAN BAGI SUAMI:

1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel.
2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari Allah. Bukan dari manusia.
4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah.
InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Pastikan niat betul.
Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat. Tak lagi sakit. Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital. Anak pun makin happy. Kita pun happy dapat tengok anak membesar depan mata. Rezeki, alhamdullillah tak pernah putus lagi. Suami faham, keluarga faham.
Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok, buat solat hajat, solat istikarah, minta panduan.
Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak cukup je duit. Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.

So, itulah beberapa tip-tip untuk kita kongsikan bersama bagi mereka yang hendak menjadi surirumah. Pahala seorang surirumah lagi besar disisi allah.

Sesiapa ingin menjadi ahli shaklee silalah hubungi:

Noorzulaidah abdul kadir - fb
0139412195 - pm/whatssup
1118760 - no id
www.mamazuevitamin.blogspot.com - blog
Vitamin smart - page

Selasa, 16 September 2014

SAYANGILAH RAHIM ANDA DAN KETAHUILAH PUNCA-PUNCA KANSER

Assalamualaukum....

Kesihatan adalah nilai yang tidak mampu dibeli sekalipun dengan insurans jika tidak dapat diubati hanya sekadar membantu menanggung kos , bidalan  melayu kata " mencegah lebih baik dari mengubati " .
Dewasa kini , bermacam-macam punca seseorang mendapati dirinya menghidapi kanser , antara salah satunya adalah faktor pemakanan ( peratusan paling besar ) . Hari ini saya mahu kongsikan sedikit maklumat yang berguna untuk semua terutamanya wanita.



Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) Kawal Pemakanan.
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang – kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang – badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran – kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan – Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa – pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis – kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera – burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan – cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛

TANDA – TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

Saya ingin cadangkan ambil GLA COMPLEX SHAKLLE. Inyaallah ramai testimoni berjaya dengan izin allah. Setiap penyakit ade penawarnya.



RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA……
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu remeh? Terlalu minima? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

“Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.”
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara remeh. Bukan sesuatu yang remeh melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Berminat untuk dapat produk shaklee sila hubungi:

Noorzulaidah binti abdul kadir - fb
0139412195 - pm/whatssup/call
1118760 - no id
www.mamazuevitamin.blogspot.com - blog
Vitamin smart - pages

Isnin, 15 September 2014

JANGAN ABAIKAN KESIHATAN ANAK ANDA | SUPLEMENT BOLEH DIAMBIL OLEH KANAK-KANAK

Assalamualaikum....

Baru-baru ini ada keluar kenyatan dalam satu majalah, kenyataan itu bertulis ' Suplement tidak sesuai untuk kanak-kanak'. Tetapi dalam shaklee belum lagi suplementnya boleh memudharatkan kesihatan lagi. Malah amat bagus di ambil oleh kanak-kanak untuk satu tahun dan ke atas.

Dalam entri kali ini saya mahu tegaskan kepada ibubapa semua... jangan sesekali abaikan kesihatan anak. Setiap orang kanak-kanak memerlukan nutrisi amat penting setiap hari bagi tumbesaran yang sempurna. Setiap hidangan yang di ambil oleh kanak-kanak perlu cukup nutrisinya. Biasanya kanak-kanak tidak gemar memakan sayur dan buah kan.... dengan pengambilan suplement sudah ada vitamin yang terdapat dalam sayur dan buah bagi membantu tumbesaran. Tak lah terbantut plak bila besar nanti.

Ibubapa juga sering mengalami anak2 kurang sihat. Anak2 selalu demam, selsema dan batuk berpanjangan. Dengan suplement membantu mencegah penyakit tersebut. Antara suplement shaklee yang saya cadangkan untuk kanak-kanak ialah mealshakes dan chewable vita-c plus. Macam saya sendiri telah amalkan kepada anak saya. Saya dan famili semua dah jarang ke klinik... saya dah tak ingat bila kali terakhir pergi klinik.

Mealshakes

Kebaikan Mealshakes

Chewable Vita-C Plus

Berminat sila hubungi saya:

Noorzulaidah abdul kadir - fb
0139412195 - pm/whatssup/call
1118760 - no id
www.mamazuevitamin.blogspot.com
Vitamin smart - page




Ahad, 14 September 2014

APA ITU IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIA PURPURA (ITP)

Assalamualaikum semua...

Saya nak cerita sejenis penyakit ITP atau nama panjangnya idiopathic thrombocytopenia purpura sejenis penyakit darah. Mungkin tidak semua orang tahu wujudnya penyakit ini.

Makna....

¤ idiopathic - ertinya penyebab tidak diketahui
¤ thombocytopenia - ertinya berkurang jumlah trombosit dalam darah atau darah tidak menpunyai platelet yang cukup.
¤ purpura - ertinya pendarahan kecil yang ada didalam kulit membran mukosa atau permukaan serosa (dorland 1998)

Mungkin tidak semua orang tahu tentang penyakit ITP ini malah tidak sedar kewujudannya. Ahli keluarga pesakit sahaja yg mengetahui. 1 atau 2 orang akan mengalami penyakit ini daripada 10,000 orang.

Dan saya adalah salah sorang daripada pesakit itu... disini saya share pengalaman saya, kalau2 ade ahli keluarga mereka yg senasib sama seperti saya. Jangan takut, kita kena kuat dan bersemangat untuk sembuh. Ini semua ujian allah. Allah sayangkan umatnya. Kita telah dipilih olehnya.

Ketika saya dapat tahu yg saya ade penyakit ITP ketika saya berumur 24 tahun lagi, lebih kurang 10 tahun lalu lagi saya telah menderita, pelbagai rintangan saya hadapi. Ketika saya pulang ke kampung halaman.... saya dapati kaki dan badan saya naik bintik2 merah seperti kena denggi. Saya terus ke hospital untuk dapatkan rawatan. Menurut doktor darah platelet saya rendah hanya 20 ribu. Kalau orang normal sepatutnya antara 150 sehingga 400 ribu. Doktor mengesahkan saya kena denggi, tapi pelik saya tidak demam pun. Sihat jer.... pendekkan cerita saya kena tahan sampai 2 minggu..... erm..lama giler bosan duduk hospital.

Pelbagai persoalan yang ditanya oleh doktor2, penat dah nak jawab. Lepas sorang2 doktor pelatih hanya menanya sebab? Kenapa?.. pelbagai rawatan dijalankan. Berapa kali tangan ni lebam kena cucuk dgn jarum, nak amik darah nak cek. Platelet semakin rendah, ada tu platelet saya yg paling rendah 10 ribu.. mcm2 doktor buat, masukan darah platelet. Seksanya rasa...

Pendek cerita la, doktor telah sahkan saya ada penyakit ITP. Saya pulang bersama-sama ubat-ubatan serta datang semula untuk temujanji akan datang. SehinggĂ  sekarang saya masih buat check up kat hospital.

Setelah diperkenalkan shaklee oleh kawan saya tahun lepas, pada masa tu saya ambil vivix... seperti biasa saya jumpa doktor, menurut doktor penyakit saya semakin menunjukan positif untuk sembuh... alhamdullilah. Syukur kepada allah s.w.t. selepas tu ade jugak suplement shaklee lain saya ade ambil seperti vitamin C, B complex, Ostematrik dan GLA complex.



Vivix Shaklee


Vitamin C



Vitamin B Complex



Ostematrix


GLA Complex


ESP



Alhamdullilah saya mula yakin dengan kebesaran allah s.w.t. matlamat saya sekarang mahu sembuh seperti dulu. Tak nak makan ubat steriod yang doktor bekalkan ubat steriod boleh menyebabkan kerapuhan tulang jika jangka panjang. Doakan untuk saya cepat sembuh... amin..

Berminat untuk dapatkan produk shaklee sila hubungi:

Noorzulaidah abdul kadir - fb
0139584028 - pm/whatssup/sms/call
1118760 - id nombor
www.mamazuevitamin.blogspot.com
Vitamin smart