suplement shaklee adalah yang terbaik

suplement shaklee adalah yang terbaik

Isnin, 23 Jun 2014

SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL | CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum...

Sakit kepala semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester pertama. Jika anda sering mengalaminya sebelum hamil, kehamilan boleh membuatkan masalah ini lebih teruk. 



Kita tidak tahu dengan tepat mengapa kehamilan membuatkan anda sakit kepala. Ia mungkin disebabkan oleh kehadiran hormon yang banyak dalam badan anda, serta perubahan dalam kitaran darah anda. 

Anda mungkin sakit kepala pada bahagian-bahagian tertentu atau berlainan. Kesakitannya pula mungkin berbeza, anda mungkin rasa seperti dihentak dengan benda keras, atau berdenyut-denyut. Sakit kepala tidak menyebabkan simptom-simptom lain. 

Migrain pula berbeza. Migrain ialah jenis sakit kepala yang dikatakan disebabkan oleh saluran darah di otak tidak berfungsi dengan betul. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan membuat anda rasa loya dan sensitif terhadap cahaya, bunyi dan bau. 

Jika anda sering mengalami migrain, anda mungkin dapati keadaan ini berkurangan semasa hamil, terutamanya jika migrain itu dikaitkan dengan kitaran haid anda. Malangnya, masalah migrain biasanya kembali kepada corak seperti sebelum anda hamil sebaik sahaja anda bersalin. 


Bolehkah saya mendapat sakit kepala atau migrain atas sebab lain?


Sakit kepala atau migrain yang anda alami mungkin hanya diakibatkan oleh hormon kehamilan. Atau ia boleh jadi mempunyai kaitan dengan sesuatu yang lain yang melibatkan gaya hidup anda seperti: 
  • Berhenti atau mengurangkan pengambilan kafein.
  • Rasa letih.
  • Rasa stres, yang mana ini boleh memberi tekanan kepada otot-otot.
  • Berehat selepas menjalani waktu yang membuatkan anda stres, terutamanya pada hujung minggu atau semasa bercuti.
  • Masa makan yang tidak menentu dan anda berasa lapar.
  • Sesetengah makanan yang menyebabkan migrain dalam masa beberapa jam selepas anda memakannya.
  • Senaman berat jika anda tidak biasa dengannya.
  • Tidur lebih banyak daripada biasa, atau kurang tidur.

Adakah apa-apa cara yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan sakit?


Jika anda biasa mengambil pil tahan sakit, anda boleh ambil paracetamol kerana ia selamat diambil semasa hamil. Ikutlah arahan dos yang terdapat pada bungkusannya atau tanya ahli farmasi atau pakar obstetrik anda jika anda tidak pasti berapa banyak perlu diambil. 

Anda tidak dinasihatkan mengambil aspirin atau ibuprofen semasa hamil, kecuali jika doktor yang menasihatkan anda mengambilnya. Anda tidak sepatutnya mengambil ibuprofen sama sekali dalam trimester ketiga kehamilan, iaitu mulai minggu ke-28 ke atas. 

Anda juga boleh: 
  • Berhenti seketika dan berehat. Duduk atau baring di tempat yang senyap, dan tidur jika perlu.
  • Letakkan tuala panas di sekeliling mata dan hidung ataupun tuala sejuk di pangkal leher untuk melegakan sakit kepala akibat ketegangan (tension headaches)
  • Mintalah seseorang untuk mengurut tengkuk dan bahu anda.

Adakah apa-apa yang boleh saya buat untuk mengelakkan sakit kepala daripada berulang?


Jika anda tidak pasti apa yang menyebabkan sakit kepala atau migrain anda, cuba kenalpasti apakah dalam gaya hidup anda yang boleh menjadi penyebabnya. Apabila anda tahu penyebabnya, anda boleh mengambil langkah untuk mengelakkannya daripada berulang. 

Simpan diari yang merekodkan apa yang berlaku setiap kali sakit kepala atau migrain anda menyerang untuk membantu anda mengenalpasti penyebabnya. Buatlah nota setiap hari dan rekodkan: 
  • Masa sakit kepala bermula.
  • Berapa terukkah sakit kepala itu, di mana yang sakit dan berapa lama ia berlangsung.
  • Apa yang anda makan pada hari itu dan bila.
  • Adakah anda bergerak aktif pada hari itu.
  • Adakah anda stres atau dalam keadaan rehat.
  • Berapa lamakah anda tidur.
  • Adakah anda mengambil apa-apa ubat.

Selepas lebih kurang seminggu, anda mungkin dapat lihat coraknya, maka anda mungkin boleh mengenalpasti apakah

Jika sakit kepala anda disebabkan faktor-faktor tertentu, cuba cari teknik yang boleh membantu mengelakkan faktor tesebut. Bergantung kepada faktor itu, anda mungkin dapati panduan di bawah boleh membantu: 



  • Carilah masa untuk berehat dan cubalah tenangkan diri. Di tempat kerja, cari tempat di mana anda boleh duduk dengan meninggikan kaki dan berehat semasa waktu makan tengahari. Di rumah pula, cuba kurangkan membuat kerja-kerja rumah. Teknik-teknik menenangkan diri seperti yoga atau meditasi juga mungkin boleh membantu.
  • Cuba dapatkan masa tidur yang tetap. Kurang tidur, ataupun lebih tidur walaupun hanya setengah jam daripada biasa boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala. Jika anda mengalami insomnia, cubalah kaedah rawatan tradisional.
  • Jika sakit kepala anda berkaitan dengan ketegangan otot atau postur, jumpalah ahli fisioterapi. Satu sesi fisioterapi biasanya termasuk urutan, manipulasi, mobilisasi dan senaman yang anda boleh teruskan sendiri di rumah.
  • Makan sedikit tetapi kerap untuk meningkatkan tahap gula yang rendah dalam darah, dan jangan tinggal waktu makan.
  • Jika anda fikir sakit kepala atau migrain anda disebabkan oleh makanan tertentu, cuba tinggalkannya selama dua minggu untuk melihat samada ini berkesan. Kemudian, cubalah makan lagi dan lihat jika sakit kepala anda kembali.
  • Bersenamlah dengan kerap, tetapi jangan terlalu memaksa diri jika anda tidak biasa melakukannya. Bersenam untuk cergas mungkin dapat mengurangkan kekerapan dan tahap kesakitan anda. Senaman membantu mengimbangkan tahap gula dalam darah dan membaiki pernafasan anda. Ia juga menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon endorfin yang membuatkan anda berasa gembira.

Adakah selamat untuk terus mengambil ubat migrain saya semasa hamil?


Lebih baik jika anda kurangkan pengambilan ubat semasa hamil. Jika anda mengambil ubat migrain, beritahu pakar obstektrik anda sebelum mengambilnya semasa hamil. Doktor anda mungkin boleh mengesyorkan paracetamol atau pil tahan muntah sebagai ganti. 


Bolehkah sakit kepala menjadi tanda bagi sesuatu yang lebih serius?

Kadang-kala, sakit kepala boleh jadi satu tanda bagi sesuatu yang lebih serius. Jumpalah pakar obstetrik anda jika anda mengalami sakit kepala dan: 
  • kabur penglihatan;
  • kesakitan pada bahagian atas perut;
  • muntah;
  • tiba-tiba bengkak pada muka, tangan atau kaki.

Ini boleh jadi tanda-tanda pra-eklampsia. Pra-eklampsia adalah satu bentuk tekanan darah tinggi yang serius. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda perlu menghubung doktor anda segera.

Adakah saya akan mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan?


Mungkin tidak. Bagi kebanyakan wanita, sakit kepala semasa hamil biasanya berkurangan dan hilang terus menjelang trimester kedua. Ini adalah apabila pengeluaran hormon kehamilan mula menstabil, dan badan anda mula biasa dengan perubahan kimia yang berlaku. 

Yakinlah bahawa sakit kepala anda mungkin hanya sementara, walaupun ia adalah kesan sampingan kehamilan yang tidak begitu menyelesakan.

Dapatkan vitamin shaklee, bagi menghilangkan sakit kepala anda. Vitamin shaklee bukan ubat tapi hanyalah vitamin..klik disini.
http://mamazuevitamin.blogspot.com/2014/04/mengalami-sakit-kepala-yang-teruk-terus.html

Isnin, 16 Jun 2014

MAKANAN YANG PERLU DIELAK KETIKA HAMIL


Assalamualaikum.....

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Makanan paling baik utk ibu mengandung


Makanan mentah
Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

Toxoplasmosis
  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

Cirit-birit
  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan cacing
  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

Vitamin A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan yang diproses
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang tanah
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur kuning
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.

Pastikan makanan yg di ambil dimasak dgn betul. Amalkan suplement vitamin kehamilan .klik http://mamazuevitamin.blogspot.com/2014/03/set-hamil.html

Berminat sila hubungi:
Noorzulaidah abdul kadir
0139584028
www.mamazuevitamin.blogspot.com
Vitamin smart


VIVIX DAN KECANTIKAN SEMAKIN TERSERLAH

Assalamualaikum semua....

For sharing sikit.....

Vivix......saya ambil sesudu kecil selepas sarapan atau sebelum tido pun boleh untuk kekal bertenaga melakukan aktiviti harian di samping bonus wajah merah berseri2..



Ramuannya pekat dan rasanya sedap, masam-masam manis. Diperbuat drp campuran botanikal unik yang tinggi khasiat antioksidanya ( polyganum cuspidatum + anggur muscadine + elderberry eropah + lobak unggu)

Menurut pakar nutrisi shaklee keunikan adalah kerana ia mengandungi ' resveratrol' iaitu agen anti-penuaan yg paling kuat dari alam semulajadi dan juga 15 jenis 'polyhenols' yg menjadikan ia 10 kali ganda lebih hebat drp resveratrol itu sahaja.

Anggur muscadine yg tetkandung dalam ramuan vivix juga unik kerana saiz buahnya yg besar dan khasiat istimewanya ialah ia mempunyai kuasa antioksida 40 kali ganda drp anggur yg biasa..

Saya sendiri sukakan kecantikan dan selalu ingin nampak muda berseri2 dan kerana itulah saya terpikat untuk mencuba vivix di awal perkenalan saya dgn shaklee.

Secara peribadi vivix bukan sahaja membantu menaikan seri  wajah saya malah telah membantu mengatasi masalah kesihatan yg dah lama saya alami...saya akan sambung cerita saya nanti..

Sementara itu, selamat menikmati hari2 dab pilih lah utk hidup secara sihat...

Berminat sila hubungi saya:

Noorzulaidah abdul kadir
0139584028
www.mamazuevitamin.blogspot.com
Vitamin smart

PUASA DAN KEHAMILAN | PANDUAN BERPUASA UNTUK IBU HAMIL

Asalamualaikum...

Ramai wanita terutamanya bagi mereka yang pertama kali hamil, berdepan dengan persoalan besar sama ada untuk terus berpuasa atau tidak kerana bimbang membahayakan diri dan kandungan.





Dari sudut agama, kelonggaran dikurniakan seperti yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah Ayat 184:
Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian, wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada membayar fidyah), kalau kamu mengetahui.
Namun dari sudut perubatan, berpuasa amat digalakkan bagi mereka yang hamil kerana amalan tersebut merupakan disiplin pemakanan yang terbaik di samping tiada satu kajian jelas yang menunjukkan berpuasa itu boleh menjejaskan ibu mahupun bayi yang dikandung.

SALAH TANGGAPAN

Kebimbangan untuk berpuasa di kalangan ibu hamil sebenarnya bermula dengan salah tanggap mengenai cara janin memperoleh zat makanan dan keadaannya apabila si ibu berpuasa. Ramai beranggapan bayi dalam kandungan makan seperti si ibu makan. Jika si ibu berpuasa, bayi juga berpuasa. Jika si ibu makan, bayi juga makan.
Hakikatnya sepanjang bayi dalam kandungan, bayi bersifat menumpang iaitu mengambil dan menyerap nutrisi dari ibu termasuk vitamin, zat dan sebagainya melalui uri. Oleh itu, selagi ibu mempunyai zat makanan yang mencukupi – dalam konteks ini, dari sahur dan berbuka - selagi itulah bayi akan terus makan dan membesar dengan baik.
Sebagai contoh, apabila ibu makan sesuatu, kandungan gula dalam darah meningkat, lalu akan disalurkan kepada bayi supaya ia mendapat segala nutrisi daripada darah.

PANDUAN BERPUASA UNTUK IBU HAMIL

Bagi ibu hamil yang ingin meneruskan niat untuk berpuasa, beberapa tip boleh diamalkan antaranya:
  • Makan dengan sempurna ketika berbuka dan tidak meninggalkan sahur, kerana tenaga yang akan dibekalkan sepanjang hari berikutnya bergantung kepada apa yang diambil ketika bersahur.
  • Minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 2.5 liter sehari. Ibu hamil mudah mengalami sembelit jika tidak minum air secukupnya serta mengambil banyak buah-buahan yang tinggi kandungan serat.
  • Berhati-hati dengan pemilihan dan pengambilan makanan, lebih-lebih lagi di bazaar Ramadan kerana sesetengah peniaga mengutamakan keuntungan berbanding kebersihan makanan manakala ibu yang hamil memiliki imuniti atau daya tahan yang kurang sepanjang tempoh kehamilan.
  • Elakkan makanan yang manis-manis seperti kuih muih dan kek serta yang mendatangkan angin seperti nangka dan seumpamanya. Jaga berat badan kerana tidak mahu bayi yang bakal lahir terlalu besar terutama bagi ibu yang sudah sedia obes.

PANDUAN BERPUASA BAGI IBU YANG MENGHIDAP GASTRIK

Bagi si ibu yang penghidap gastrik, sebaik sahaja disahkan hamil, mereka disarankan untuk berpuasa selang sehari bagi mengelakkan masalah kesihatan mereka dari menjadi semakin teruk dan dalam masa yang sama, jumlah hari yang perlu diganti hanya sedikit.
Biasanya doktor juga akan menasihatkan bakal ibu supaya berpuasa jika sempat bersahur dan jangan berpuasa jika tidak bersahur. Sementara ubat hanya akan diberikan jika perlu untuk mengurangkan kadar asid gastrik.
Mereka yang mahu juga berpuasa, cuba motivasi diri untuk bermula dengan setengah hari, kemudian jika masih bertahan, teruslah berpuasa sehingga sampai waktu berbuka. Jangan lupa rehat secukupnya dan ambil kesempatan waktu makan tengah hari untuk tidur sekejap kerana ibu hamil memerlukan rehat yang banyak.
Jangan lupa ambil vitamin tambahan sama ada ketika sahur mahupun berbuka.

GOLONGAN IBU HAMIL YANG TIDAK DIGALAKKAN BERPUASA

Berikut antara golongan ibu hamil yang tidak digalakkan untuk berpuasa:
  • Mengalami pendarahan ketika hamil akibat tekanan darah tinggi.
  • Ibu hamil uang perlu makan ubat tiga kali sehari.
  • Ibu yang bergantung kepada insulin akibat komplikasi diabetes.
Jangan lupa minta pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
#amal kan suplemen terbaik dari shaklee

Suplement kehamilan

Berminat:

Sila hubungi saya;
Noorzulaidah abdul kadir
0139584028
www.mamazuevitamin.blogspot.com
Vitamin smart