suplement shaklee adalah yang terbaik

suplement shaklee adalah yang terbaik

Isnin, 16 Jun 2014

PUASA DAN KEHAMILAN | PANDUAN BERPUASA UNTUK IBU HAMIL

Asalamualaikum...

Ramai wanita terutamanya bagi mereka yang pertama kali hamil, berdepan dengan persoalan besar sama ada untuk terus berpuasa atau tidak kerana bimbang membahayakan diri dan kandungan.





Dari sudut agama, kelonggaran dikurniakan seperti yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah Ayat 184:
Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian, wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada membayar fidyah), kalau kamu mengetahui.
Namun dari sudut perubatan, berpuasa amat digalakkan bagi mereka yang hamil kerana amalan tersebut merupakan disiplin pemakanan yang terbaik di samping tiada satu kajian jelas yang menunjukkan berpuasa itu boleh menjejaskan ibu mahupun bayi yang dikandung.

SALAH TANGGAPAN

Kebimbangan untuk berpuasa di kalangan ibu hamil sebenarnya bermula dengan salah tanggap mengenai cara janin memperoleh zat makanan dan keadaannya apabila si ibu berpuasa. Ramai beranggapan bayi dalam kandungan makan seperti si ibu makan. Jika si ibu berpuasa, bayi juga berpuasa. Jika si ibu makan, bayi juga makan.
Hakikatnya sepanjang bayi dalam kandungan, bayi bersifat menumpang iaitu mengambil dan menyerap nutrisi dari ibu termasuk vitamin, zat dan sebagainya melalui uri. Oleh itu, selagi ibu mempunyai zat makanan yang mencukupi – dalam konteks ini, dari sahur dan berbuka - selagi itulah bayi akan terus makan dan membesar dengan baik.
Sebagai contoh, apabila ibu makan sesuatu, kandungan gula dalam darah meningkat, lalu akan disalurkan kepada bayi supaya ia mendapat segala nutrisi daripada darah.

PANDUAN BERPUASA UNTUK IBU HAMIL

Bagi ibu hamil yang ingin meneruskan niat untuk berpuasa, beberapa tip boleh diamalkan antaranya:
  • Makan dengan sempurna ketika berbuka dan tidak meninggalkan sahur, kerana tenaga yang akan dibekalkan sepanjang hari berikutnya bergantung kepada apa yang diambil ketika bersahur.
  • Minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 2.5 liter sehari. Ibu hamil mudah mengalami sembelit jika tidak minum air secukupnya serta mengambil banyak buah-buahan yang tinggi kandungan serat.
  • Berhati-hati dengan pemilihan dan pengambilan makanan, lebih-lebih lagi di bazaar Ramadan kerana sesetengah peniaga mengutamakan keuntungan berbanding kebersihan makanan manakala ibu yang hamil memiliki imuniti atau daya tahan yang kurang sepanjang tempoh kehamilan.
  • Elakkan makanan yang manis-manis seperti kuih muih dan kek serta yang mendatangkan angin seperti nangka dan seumpamanya. Jaga berat badan kerana tidak mahu bayi yang bakal lahir terlalu besar terutama bagi ibu yang sudah sedia obes.

PANDUAN BERPUASA BAGI IBU YANG MENGHIDAP GASTRIK

Bagi si ibu yang penghidap gastrik, sebaik sahaja disahkan hamil, mereka disarankan untuk berpuasa selang sehari bagi mengelakkan masalah kesihatan mereka dari menjadi semakin teruk dan dalam masa yang sama, jumlah hari yang perlu diganti hanya sedikit.
Biasanya doktor juga akan menasihatkan bakal ibu supaya berpuasa jika sempat bersahur dan jangan berpuasa jika tidak bersahur. Sementara ubat hanya akan diberikan jika perlu untuk mengurangkan kadar asid gastrik.
Mereka yang mahu juga berpuasa, cuba motivasi diri untuk bermula dengan setengah hari, kemudian jika masih bertahan, teruslah berpuasa sehingga sampai waktu berbuka. Jangan lupa rehat secukupnya dan ambil kesempatan waktu makan tengah hari untuk tidur sekejap kerana ibu hamil memerlukan rehat yang banyak.
Jangan lupa ambil vitamin tambahan sama ada ketika sahur mahupun berbuka.

GOLONGAN IBU HAMIL YANG TIDAK DIGALAKKAN BERPUASA

Berikut antara golongan ibu hamil yang tidak digalakkan untuk berpuasa:
  • Mengalami pendarahan ketika hamil akibat tekanan darah tinggi.
  • Ibu hamil uang perlu makan ubat tiga kali sehari.
  • Ibu yang bergantung kepada insulin akibat komplikasi diabetes.
Jangan lupa minta pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
#amal kan suplemen terbaik dari shaklee

Suplement kehamilan

Berminat:

Sila hubungi saya;
Noorzulaidah abdul kadir
0139584028
www.mamazuevitamin.blogspot.com
Vitamin smart


Tiada ulasan:

Catat Ulasan