suplement shaklee adalah yang terbaik

suplement shaklee adalah yang terbaik

Khamis, 15 Mei 2014

PENYUSUAN YANG BANYAK DAN LEBIH MILKBOOSTER

Assalamualaikum.....

Bertemu lagi di ruangan entri ini, kali ini zue nak papar sikit tentang vitamin yang dicadangkan semasa proses penyusuan. Selepas sesorang ibu yang baru bersalin haruslah mengambil suplement yang terbaik bagi ibu dan bayi.

Vitamin yang dicadangkan bagi penyusuan tetdapat 2 cadangan mengikut bajet anda iaitu:

VITAMIN IBU MENYUSU BIASA

Vita-Lea,
Vita-C,
Alfalfa Complex,
& B - Complex

VITAMIN IBU MENYUSU OPTIMUM

Vita-lea,
B-Complex,
Vita-C,
Ostematrix,
Alfalfa Complex
ESP

YAKINLAH SETIAP VITAMIN YANG ANDA AMBIL AKAN CUKUP DAN MILKBOOSTER.
======================================================

Adalah penting untuk anda yakin dengan diri sendiri apabila memutuskan mahu menyusukan bayi dengan susu ibu. Kelakuan bayi, kekerapan menyusu, keadaaan payu dara, kuantiti susu yang diperah keluar, sensasi pancutan refleks bukanlah cara untuk menentukan sama ada penghasilan susu anda cukup atau tidak. Sekiranya jumlah lampin bayi basah dan kotor bayi adalah normal (5-6 lampin basah atau 3-4 lampin kotor), bermakna bayi mendapat cukup susu.

Anda juga perlu menilai sama ada dia peka, cergas, pertumbuhan dan perkembangannya normal. Jika normal, tanda-tanda yang disenaraikan di bawah BUKAN petunjuk bekalan susu kurang:

Bayi kerap menyusu

  • Perlu diketahui bahawa susu ibu sangat mudah dihadam (mengambil masa lebih kurang 1.5 – 2 jam sahaja). Oleh itu, bayi juga mempunyai keperluan yang tinggi untuk menghisap. Anda akan dapati bayi gemar berada dekat dengan adna supaya dia berasa lebih selesa dan selamat. Ini adalah perkara normal. Jangan pula disalah ertikan sebagai memanjakan bayi.

Kekerapan dan tempoh penyusuan bayi meningkat secara mendadak

  • Hal sebegini dipanggil growth spurt. Pada waktu ini, bayi akan menyusu dengan lebih kerap (mungkin setiap 1 jam) dan akan sering membuatkan ibu panic. Situasi iuni hanyalah sementara dan akan kembali normal selepas beebrapa hari hingga seminggu. Growth spurt biasanya berlaku selepas bayi dilahirkan, 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, dan 9 bulan. Ini merupakan anggaran sahaja. Yang pasti, setiap bayi adalah berlainan. Jadi, anda perlu bersedia untuk menangani cabaran ini. Growth spurt merupakan satu proses semula jadi yang mana kekerapan penyusuan oleh bayi dapat membantu anda meningkatkan penghasilan susu. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang suplemen ketika ini kerana hal itu akan memberikan isyarat negative kepada tubuh. Kesannya, penghasilan susu akan berkurangan.

Bayi meragam

  • Kebanyakkkan bayi akan meragam terutamanya pada waktu petang dan malam. Biasanya hal itu akan reda setelah beberapa ketika. Cara paling baik utnuk menenangkan bayi ialah mendukung, memeluk dan kerap member payu dara sebelum dia mula meragam. Bayi hanya mahu dibelai dan ingin rasa selamat kerana selama ini dia berada di dalam rahim yang keadaannya sangat tenang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan