suplement shaklee adalah yang terbaik

suplement shaklee adalah yang terbaik

Khamis, 5 Februari 2015

TIP SENTIASA SIHAT DI MUSIM PANAS

Salam semua, musim panas dan kering.. kita semua termasuk lah kanak2 Mengalami demam, batuk, selsema. Kalau tgk di klinik2 ramainya org tak sihat. saya kongsi tip saya yg sentiasa sihat di musim panas.

BANYAKKAN MINUM AIR

Cuaca yg panas begini hendaklah kita mengambil sekurang2nya  8 gelas sehari. Bg mengelakkan badan kehilangan air. Bila kita ambil air secukupnya setiap hari, badan kita akan segar dan kulit kita tegang tau. Kalau kurang pengambilan air, mulalah rasa sakit tekak. Kulit pun kering.

AMBIL VITAMIN

Bukan setakat air atau makanan yg mengandungi serat dan vitamin, malah vitamin tambahan membantu badan kita cukup nutrien sepanjang hari. Boleh mencegah penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selsema. Ambillah vitamin seperti vitamin C, Vitalea, omega guard dan Bcomplex.

SENAMAN

Diri kita kena lakukan sekurang2nya 3 kali seminggu bersenam. Seelokknya buatlah waktu pagi. Kerana cuaca bergini lg baik. Kalau waktu ptg mesti berdebu. Elakkan bersenam waktu panas atau keadaan berdebu. Habuk kenderaan, org buat binaan dan sebagainya. Buatlah senaman ringkas selama 20 minit seperti berjalan, jogging, berbasikal dan lain2. Mcm saya, saya suka berjalan lah.

MAKANAN SEDERHANA

Kurangkan makanan berminyak, berlemak. Banyakkan serat, sayur dan buah-buahan. Makan lah makanan jenis panggang, rebus.

Ini dia sedikit sebanyak tip saya kongsikan. Utk mengelakkan diri ini tidak sihat. Kalau anda rasa sakit tekak, badan rasa seram sejuk... awas anda mungkin di jangkiti. Nak cepat hilang sakit tekak minum air limau nipis tanpa gula. Saya dah cuba sekejap jer hilang sakit tekak. Batuk pun takde. Rasa nak demam pun hilang.

Isnin, 2 Februari 2015

PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE

Salam semua,

Shaklee pun ade set penjagaan kulit tau. Selain vitamin untuk hasil dalaman. Luaran pun kena jaga juga. Nak bersihkan kotoran debu, minyak dan lindungi daripada cahaya matahari. Barulah kulit makin cantik, bersih.

Disini hanya nak kongsi set asas penjagaan kulit nutriwhite dulu. Produk nutriwhite shaklee byk. Kalau macam baru nak cuba saya syorkan ambil yg asas dulu.

Set asas nutriwhite terdiri:

♡ Gentle Deep Foaming Cleanser

     Gentle Deep Foaming Cleanser, pencuci yg lembut dan segar yanh diformulasikan khas untuk menyucikan kulit anda.

♡ Soothing Radiance Whitening Softner

     Dirumus khas utk menenangkan kulit anda dan mengembalikan ia kpd pH asal serta kulit berasa lebih lembut dan cerah berseri.

♡ Ultimate Protection Whitening Lotion

     Day Whitening Lotion dgn SPF 15 sgt ringan tetapi merupakan pelembap yang amat berkesan dan hebat. Gunakan pada waktu pagi selepas Spot Whitening Treatment.


Set asas nutriwhite




KERJA RUMAH MENJADI MUDAH

Salam semua ibu-ibu, mesti ibu sedang tgh rehatkan, yer lah dr pagi2 bangun siap sarapan, baju sekolah anak, baju suami, hantar anak, mengemas, masak dan basuh baju. Saya nak kongsi satu produk shaklee dapat memudahkan kerja kita yg sentiasa sibuk dgn tugasan harian.

Basic H

Ini dia produk pencuci, pembersih seberguna. Dapat mencuci lantai, dinding, dapur, buntut kuali, cuci kasut dan banyak lagi hanya menggunakan beberapa titis basic H dapat buat semua kerja rumah.

Amat menjimatkan, membersih dan menanggalkan segala kotoran. Kepekatan 475ml, tanpa perlu dibilas, tiada kesan comot dan tiada kesan calar.





Ini dia salah satu cara kita nak bersihkan rumah dgn sebotol pekat basic H.


Ahad, 1 Februari 2015

MINUM ESP KULIT JADI SIHAT

Salam semua, saya nak sharing tentang produk shaklee yg saya consume sekarang Esp. Memang berbeza sgt, kulit bertambah halus. Kesan jeragat makin pudar, kulit muka dan badan makin cerah. Kesan parut di perut pun dah hilang.




Sabtu, 4 Oktober 2014

CARA UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT | CANTIK DI HARI RAYA

Assalamualaikum.....
Selamat aidiladha semua, ampun maaf di pinta dari saya.. segala penulisan selama ini sekira terkurang atau terlebih maafkan saya. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Dipagi raya ni sempat jugak nak share sikit penulisan tentang suplement shaklee...setelah kenyang perut dek makan lontong pagi tadi.
Hilangkan Parut Jerawat Berdesup !!! ni saya tujukan pada anda yang mimpikan kulit yang bebas parut. Baik parut bekas jerawat dan parut – parut lain.  Fungsi dan kesannya sama sahaja.
Hilangkan parut jerawat sebenarnya sangat mudah kalau kena dengan caranya.
Teknik hilangkan parut jerawat paling penting ialah dengan menghalang kesan lebih buruk dan meningkatkan tahap pemulihan.

Rasa2 muka saya ade parut jerawat tak? Ade sikit2.. ini gambar lama tak silap tahun lepas 2013.

MENCEGAH BANTU HILANGKAN PARUT JERAWAT

Parut jerawat akan menjadi lebih teruk kalau tak dibiarkan, nanti melarat keseluruhan muka atau badan.

A) SINAR MATAHARI

Sinar UV-A & UV-B akan menyebabkan parut semakin gelap. Malah sinar ini juga akan melambatkan proses pemulihan kulit rosak.
Sinaran UV semakin teruk bila ia akan meningkatkan penghasilan melanocytes ( sel pigmentasi) yang merosakkan tona kulit.
Cara paling selamat dari luaran ialah menyapu sunblock dengan SPF 30 atau lebih dan mengambil supplement Vitamin E sebagai sunblock untuk pencegahan dari dalam.

B) MEMICIT JERAWAT

Luka jerawat yang ingin sembuh mestilah di hindari dari sentuhan. Apa lagi kalau dipicit dendan jari atau kuku. Maka bakteria akan lebih merebak.
Susah bagi parut yang lama untuk sembuh kalau bakteria terus ada di situ.

AMBIL VITAMIN UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT LEBIH CEPAT

9/10 pelanggan saya sangat berpuas hati dapat hilangkan parut jerawat dengan 4 vitamin semulajadi ini.

1) ENERGIZING SOY PROTEIN @ ESP

10455747 791789737508816 5877118076137991525 n 270x300 Ghaibkan Parut : Tips Hilangkan Parut Jerawat Berdesup !!!!
ESP sangat baik untuk memulihkan tona kulit. Kesan jerawat yang merah atau gelap dah pasti akan buatkan warna wajah berbalam- balam. Ada cerah ada gelap.
ESP akan meransang pembentukan sel baru dan menggantikan parut dengan kulit baru yang cerah dan sihat.
Selain itu ESP akan mengembalikan warna kulit dan keanjalan kulit. Paling penting ESP juga membantu untuk mempercepatkan pemulihan luka yang berparut dan memudarkan kesan jerawat.

2) VITAMIN C

Vitamin C adalah seumpama vitamin wajib bagi semua wanita yang ingin kekal muda. Sebab itulah vitamin c adalah vitamin hilangkan parut jerawat yang mujarab.
Vitamin ialah asas bagi meningkatkan penghasilan kolagen. Kolagen ini akan melicinkan kulit yang kemudiannya akan mengisi ruang yang berparut.
Vitamin C juga adalah antioksidan yang kuat bagi menyekat kesan radikal bebas yang merosakkan sel kulit.
Kalau anda rajin, vitamin c boleh di buatkan masker. Caranya mudah aje... hancurkan sebiji vitamin c bersama sedikit air. Sebatikan dan sapukan dibahagian yang bermasalah. Cuci muka esok hari sekiranya anda buat malam. Anda dapat hasilnya yang lebih mujarab.


3) ZINC

Menurut HealthSkin.com, Zinc digunakan untuk merawat luka dan kecederaan.
Selain itu, zinc juga mengawal selia kandungan vitamin E dalam darah dan membantu dalam proses sintesisi protin dalam menentang radikal bebas dalam tubuh.
Oleh itu, paras zinc yang cukup sangat-sangat penting untuk mengekalkan memulihkan kecederaan akibat jerawat dan mendapat kulit yang sihat.
Jadi, tentu sekali zink adalah vitamin anda untuk hilangkan parut jerawat dengan cepat.


4) VITAMIN E

Saya memetik kenyataan AcneResource.org menyatakan vitamin E untuk mendapatkan kulit yang sihat.
Vitamin E digunakan secara meluas untuk merawat luka jerawat kerana kemampuan melindungi kulit dan kerana ia mampu mengawal vitamin A di dalam tubuh. Vitamin A adalah satu lagi elemen untuk menyihatkan kulit.
Vitamin E adalah sangat efektif dalam memulihkan kulit dari parut jerawat dan telah banyak menunjukkan bukti bahawa ia berkesan.




Ini wajah saya yang terbaru.. 2014.... parut jerawat, jeragat semakin pudar.. kini masih teruskan makan suplement shaklee.





Sila hubungi saya untuk dapatkan produk terlaris

Noorzulaidah abdul kadir
013-9584028

Selasa, 30 September 2014

KESAN ANTIBIOTIK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum.......

Apa kesan jika kita ambil ketika hamil??? Bahaya tak pada kandungan??? Jika bayi di lahirkan apa kesannya???



Pengambilan antibiotik adalah normal ketika sakit. Apabila kita demam, biasanya ubat antibiotik antara ubat tambahan yang akan dibekalkan oleh doktor. Ia bertujuan untuk membina sistem ketahanan lebih kuat lagi untuk melawan penyakit.

Tetapi, tahukah anda ianya mempunyai kesan jika diambil semasa hamil?

Ketika hamil, bakal ibu cenderung untuk rasa was-was dengan pengambilan ubat-ubatan walaupun ia diprekripsikan oleh doktor yang bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan hal pengambilan ubat ketika hamil bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diigini kepada bayi dalam kandungan sebaiknya berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.

Ubat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil yang mengambil ubat antibiotik ketika hamil mungkin boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.

Kajian yang dilakukan oleh children's hospital of philadelphia di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan ubat antibiotik oleh ibu hamil dapat mengurangkan kemampuan anak melawan penyakit yang berkaitan dengan kuman  dan bakteria terutama dalam sistem pencernaan.

Dikatakan ibu hamil yang makan antibiotik dapat meningkatkan risiko anak yang lahir mudah terjangkit dengan masalah pencernaan akibat kuman dan bakteria. Salah satunya adalah jangkitan E-coli yang boleh membawa maut terutama dikalangan bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab itu bayi memerlukan kekebalan badan yang maksimun terutama bakteria baik dalam ususnya.

Oleh itu pengambilan antibiotik dalam kalangan ibu hamil mesti diawasi oleh doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan yang besar kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya elakkan daripada mengambil antibiotik jika ibu sekadar diserang demam selsema sahaja.

JOM TUKAR SEKARANG

GALIX SHAKLEE

Amalkan Galix Shaklee sebagai antibiotik secara semulajadi, galix dapat mengurangkan demam dan selsema. Selamat digunakan untuk ibu yang hamil. Takperlu risau kerana galix shaklee telah disahkan halal dan selamat. Dapat meningkatkan sistem imun badan ibu hamil dan mencegah serangan bakteria. Boleh memperbanyakkan susu ibu nanti selepas bersalin.


NUTRIFERON

Segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan pasukan cari dan musnah dalam sistem imuniti badan. Juga mengurangkan demam.



VITAMIN C

Percepatkan penyembuhan ketika demam. Menjadikan kulit cantik. Serius sejak saya amal vitamin c, memang jarang demam dan selsema. Pernah suatu ketika saya lupa nak makan, dlm seminggu saya pulang kampung terlupa nak bawa, tiba2 saya rasa badan nak demam batuk berkahak sampai serak2 suara. Nasib baik adik saya ade stok vitamin c. Saya makan, lama2 saya sihat dan tak jd demam pun. Tak perlu ke klinik, suara saya bertambah baik. Nasihat kepada anda dan diri saya sendiri.. pastikan vitamin c sentiasa dibawa. Vitamin c hanyalah suplement tambahan bukan ubat tau...


Boleh pilih mana satu berkenaan... ia selamat untuk ibu mengandung. Tak perlu ke klinik dah. Boleh elakkan mengambil paracetamol dan antibiotik..

Berminat sila hubungi saya:

Noorzulaidah abdul kadir
0139584028
www.mamazuevitamin.blogsopt.com
Vitamin smart











Sabtu, 27 September 2014

PERINGKAT PERTAMA PERKEMBANGAN BAYI


Assalamualaikum....
Pada kali ini saya nak share sedikit perkembangan motor kasar (gross motor), motor halus (fine motor), bahasa/kognitif dan sosial. Kita akan lihat setiap perkembangan ini mengikut usia bayi pada setiap bulan.

Bayi berusia sebulan
motor kasar :bayi boleh mengerakkan kepala ke kiri dan kanan apabila dibaringkan
motor halus: mengenggam dengan kuat (strong grip)
bahasa/kognitif: merenung tangan/jari jemari
sosial: mengikut pergerakan dengan mata (track movement with eyes)

Bayi berusia 2 bulan 
Motor kasar: Dapat mengangkat kepala dan menegakkan leher buat seketika apabila diletak dalam keadaan meniarap
motor halus: membuka dan menutup genggaman tangan
bahasa/kognitif: bermain dengan jari jemari sendiri
sosial: membalas senyuman

Bayi berusia 3 bulan
motor kasar: cuba menggapai dan mengambil sesuatu objek
motor halus:mengenggam objek dalam tangan
bahasa/kognitif: membuat bunyi dengan mulut (coos)
sosial: meniru anda mmenjelir lidah

Bayi berusia 4 bulan
motor kasar: menongkatkan badan dengan tangan apabila meniarap
motor halus: berjaya mengambil objek dengan tangannya
bahasa/kognitif: ketawa dengan kuat
sosial: sangat suka bermain dan mungkin menangis jika permainan dihentikan

Bayi berusia 5 bulan
motor kasar: mula memusingkan badan dari kedudukan baring kepada meniarap atau sebaliknya
motor halus: belajar memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain
bahasa/kognitif: membuat buih air liur
sosial: menghulur tangan supaya diambil ibu/ayah dan menangis apabila mereka hilang dari pandangan

Bayi berusia 6 bulan
motor kasar: dapat memusing badan ke dua-dua arah (baring kepada meniarap/ meniarap kepada baring)
motor halus: menggoncang objek dalam tangan (cthnya rattle)
bahasa/kognitif: membebel dalam bahasa bayi (babbling)
sosial: mengenali wajah orang yang selalu dilihat

Bayi berusia 7 bulan
motor kasar: mula meniarap, merangkak atau mengengsot (scooting)
motor halus: belajar menggunakan jari-jari tangannya
bahasa/kognitif: membebel dalam bunyi yang lebih kompleks
sosial: boleh memberi reaksi kepada emosi yang dipamerkan orang lain

Bayi berusia 8 bulan
motor kasar: boleh duduk tanpa sokongan
motor halus: mula bertepuk tangan
bahasa/kognitif: memberi respons kepada perkataan yang selalu didengar dan berpaling ke arah orang yang memanggil namanya
sosial: bermain permainan yang melibatkan interaksi (contoh: peek a boo)

Bayi berusia 9 bulan
motor  kasar: mula belajar memanjat tangga
motor halus: memegang objek kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (pincer grasp)
bahasa/kognitif: belajar tentang kewujudan objek walaupun sewaktu dia tidak dapat melihatnya (objek permanence)
sosial: takut dengan orang yang tidak dikenali (stranger anxiety)

Bayi berusia 10 bulan
motor kasar: cuba belajar berdiri
motor halus: menyusun dan mengasingkan mainan ( stack and sort)
bahasa/kognitif: melambai dan mengangkat tangan untuk diangkat
sosial: mula memahami tentang sebab dan akibat (cause and effect)

Bayi berusia 11 bulan
motor kasar: melangkah sambil berpaut pada perabot
motor halus: membelek helaian buku yang dibaca
bahasa/kognitif: menyebut mama atau dada
sosial: bermain sewaktu makan untuk menguji reaksi anda (contohnya sengaja menjatuhkan sudu) dan mula memilih makanan 

Bayi berusia 12 bulan
motor kasar: boleh berdiri sendiri dan mula belajar berjalan tanpa sokongan
motor halus: membantu apabila dipakaikan pakaian (contohnya mengeluarkan tangan dari lengan baju)
bahasa/kognitif: dapat menyebut 2-3 patah perkataan 
sosial: meniru aksi orang dewasa (contohnya bercakap di telefon)




Ingat, setiap bayi adalah berbeza!

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.