suplement shaklee adalah yang terbaik

suplement shaklee adalah yang terbaik
Memaparkan catatan dengan label PERLANSINGAN BADAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERLANSINGAN BADAN. Papar semua catatan

Sabtu, 20 September 2014

MASALAH KEGEMUKKAN SELEPAS BERKAHWIN



Assalamualaikum...

Saya nak share cerita sikit... hihi kisah kehidupan suami isteri.. tiada kena mengena dengan sesiapa pun.


PADA suatu hari, anak bongsu tunjukkan sekeping gambar. Rupa- rupanya itu gambar saya bersama ibu, kakak dan abangnya kira-kira 15 tahun lalu.

Apabila saya tanya siapa dalam gambar itu, dijawabnya: “Pakcik.”

Saya ketawa. Isteri pun ikut tertawa. Tetapi dalam hati tertanya-tanya juga, berubah sangatkah saya hingga anak sendiri pun tidak kenal.

Esoknya, seorang kawan sekolah muat naik gambar kami ketika di tingkatan enam 24 tahun dahulu. Ya, tersangatlah bezanya. Alangkah langsing dan rampingnya saya pada masa itu.

Dua kejadian berturut-turut hari itu segera mengingatkan saya kepada sesuatu -  walaupun hakikatnya rupa fizikal saya sudah sangat jauh berubah namun selama ini saya tidak pernah pun ambil kisah tentang perkara itu. Bagi saya, bagaimanapun rupa, itu tidak pernah pun saya anggap sebagai masalah.

Ini berbeza dengan perhatian saya terhadap isteri. Sejak belum kahwin lagi, saya sering ingatkan dia supaya jaga badan.

Walaupun dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya perhatikan dia sengaja tidak ambil makan malam, dan agak banyak juga wang yang dibelanjakan untuk beli macam-macam produk pelangsing, sering juga saya ingatkan dia supaya “jangan sampai tak makan, jaga badan pun berpada-padalah”.

Sungguhpun begitu. dalam hati tetap berasa bimbang kalau-kalau dia juga jadi seperti saya - tidak ambil kisah dan biarkan sahaja badan naik seperti pelampung dipam.

Saya lelaki, hal tidak jaga badan sendiri lumrah bagi lelaki walaupun ada yang jaga lebih daripada wanita.

Apa pun, lelaki memang cukup mahu menjaga pemandangan matanya. Dan hajat mereka amat disokong kuat oleh wanita.

Untuk mengindahkan pemandangan mata lelaki, ramai wanita sanggup ikat perut, makan tengah hari hanya kulit epal dan makan malam hanya kulit pau.

Segala nafsu makan dikorbankan demi memuaskan mata lelaki. Lelaki jangan sesekali dibiarkan melihat karot (lobak merah) berjalan apabila berselisih  di jalanan. Manakala di rumah pula, suami jangan dibiarkan menyangka dirinya bermimpi melihat almari berjalan tatkala melihat isteri melangkah ke bilik air awal pagi.

Itulah sebesar-besar pengorbanan oleh wanita untuk lelaki.

Sebab itu, sudah jadi lumrah bagi kebanyakan isteri untuk menyediakan peruntukan khusus beli jamu, tonik, susu atau apa sahaja yang dikhabarkan boleh bantu mereka jaga bentuk badan.

Apa sahaja yang diiklan, mereka sanggup telan asal mata suami tidak berasa bosan. Ada juga yang sanggup berbelanja lebih masuk kelas aerobik, yoga atau tai-chi kerana bimbang apabila pir sudah bertukar jadi epal, akan timbul rasa benci dalam hati suami.

Alangkah mulianya hatimu wahai isteri!

Bagi yang tidak bekerja, tidak ada pendapatan sendiri, duit belanja dapur disimpan sedikit demi sedikit untuk set perlansingan shaklee. Hihi kena berjimat nak slim punyer pasal.



Buatlah apa sahaja asal badan kekal langsing, perut jangan buncit. Buatlah apa sahaja asal suami memandang berasa ghairah, matanya tidak sakit!

Itu pada isteri, suami bagaimana pula?

Berbalik pada cerita saya tadi, anak sendiri pun tidak kenal pastinya kerana rupa saya yang sudah sangat jauh berubah. Mana tidak berubah kalau dahulunya pipih melayang, sekarang sudah rendang berbuah.

Namun selama ini, sama ada tembikai susu ataupun labu, ada aku kisah?

Itulah sikap kebanyakan suami. Hanya cenderung untuk memerhati isteri, diri sendiri tidak dipeduli. Mari kita perhatikan di sekeliling, berapa ramai suami yang berjalan membawa labu sayung ke sana ke sini setiap hari, apakah mereka pernah mengadu susah hati?

Ada atau tidak mereka diberi kata dua oleh isteri, sama ada mahu pilih dia atau labu sayung itu?

Rasanya tidak. Itulah sebabnya ramai suami yang tidak kisah akan perubahan bentuk badannya tatkala usia semakin meningkat. Ini kerana dia tahu bagaimanapun rupanya berubah, isteri akan tetap setia, tetap sayang...

Satu perkara lagi, saya yakin isteri-isteri tidak kisah kerana mereka percaya, suami yang berlabu sayung seperti saya, sahamnya pasti jatuh!

Dan menepati polisi ketidakadilan dunia, apabila perut lelaki buncit, mereka tidak pernah dipersalahkan sebaliknya dikatakan kerana isteri pandai masak, pandai jaga selera suami. Namun apabila perut isteri pula yang buncit, dia sendirilah puncanya, tidak pandai jaga badan.

Wahai suami isteri diluar sana, jangan susah hati... set pelangsingan shaklee kan ada.




Sila hubungi saya untuk dapatkan set perlansingan

Noorzulaidah abdul kadir
0139412195


Khamis, 10 April 2014

PELANSINGAN BADAN SEPERTI NORA DANISH

Assalamualaikum, bertemu lg di entri kali ini, zue nak sharing sikit... banyak produk kurus dipasaran, berlambak2, mcm pisang panas. Mcm2 dia punyer iklan '  kurus dalam masa seminggu' ada tu 'hanya sapu beberapa saat jer kesan terus'..tapi hati-hati yer bahan terkandung ubat kurus terlarang dan berbahaya kepada pengguna. Kebanyakan bahan dlm ubat kurus terdapat dlm racun serangga tau.

Errr takutnyer.... so kalau nak kurus, kena googgle dulu, apa bahan yg terkandung, selamat tak? Ade sijil halal tak?

Jadi zue nak sarankan vitamin dari shaklee untuk perlansingan badan. Shaklee ade kelulusan halal dari jakim tau...


Siapa nak slim mcm nora danish, semua org nak kan. Pastikan produk perlansingan adalah selamat.


PERLANSINGAN BADAN YANG DISARANKAN

1. Alfalfa
2. Lecithin
3. Cinch shakes


Elak Minum Ketika Makan

PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Sindrom Usus Rengsa ini menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.

Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu:
  • Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
  • Kembung
    Cepat penat
  • Mudah berparut
  • Keradangan kulit
  • Berat badan bertambah dengan cepat
  • Sering sendawa
  • Pedih ulu hati
  • Makanan tidak hadam
  • Keradangan lain
Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah: Jangan makan terlalu banyak.

Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut. Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

Minum sebelum atau selepas makan. Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalamperut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan.

Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari. Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.

Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.

Minum air secukupnya. Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

Bersenam selalu. Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.

Elakkan diri daripada tekanan. Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.

Makan produk tenusu kultur (contohnya dadih dan keju) atau probiotik kultur tempatan.

Berminat? Sila hubungi kami:

Pm/whatssup
0139412195


NOORZULAIDAH ABDUL KADIR   -   facebook
VITAMIN SMART                             -   page
WWW.MAMAZUEVITAMIN.BLOGSPOT.COM   -   blog
SID:1118760