BANYAKKAN MINUM AIR
Cuaca yg panas begini hendaklah kita mengambil sekurang2nya 8 gelas sehari. Bg mengelakkan badan kehilangan air. Bila kita ambil air secukupnya setiap hari, badan kita akan segar dan kulit kita tegang tau. Kalau kurang pengambilan air, mulalah rasa sakit tekak. Kulit pun kering.
AMBIL VITAMIN
Bukan setakat air atau makanan yg mengandungi serat dan vitamin, malah vitamin tambahan membantu badan kita cukup nutrien sepanjang hari. Boleh mencegah penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selsema. Ambillah vitamin seperti vitamin C, Vitalea, omega guard dan Bcomplex.
SENAMAN
Diri kita kena lakukan sekurang2nya 3 kali seminggu bersenam. Seelokknya buatlah waktu pagi. Kerana cuaca bergini lg baik. Kalau waktu ptg mesti berdebu. Elakkan bersenam waktu panas atau keadaan berdebu. Habuk kenderaan, org buat binaan dan sebagainya. Buatlah senaman ringkas selama 20 minit seperti berjalan, jogging, berbasikal dan lain2. Mcm saya, saya suka berjalan lah.
MAKANAN SEDERHANA
Kurangkan makanan berminyak, berlemak. Banyakkan serat, sayur dan buah-buahan. Makan lah makanan jenis panggang, rebus.
Ini dia sedikit sebanyak tip saya kongsikan. Utk mengelakkan diri ini tidak sihat. Kalau anda rasa sakit tekak, badan rasa seram sejuk... awas anda mungkin di jangkiti. Nak cepat hilang sakit tekak minum air limau nipis tanpa gula. Saya dah cuba sekejap jer hilang sakit tekak. Batuk pun takde. Rasa nak demam pun hilang.